Sunday, March 30, 2014

Karipap Rangup




Bahan pastri:

500 g tepung gandum
50 g tepung beras
50 g tepung ubi
1 sudu kecil garam

3 sudu besar margerin 
1/4 cwn minyak masak
(margerin dan minyak dipanaskan dalam kuali - jika tak nak guna margerin, boleh gunakan minyak, tetapi kuantiti minyak dijadikan 1/2 cawan)
1 cawan air - tuang sikit demi sedikit


Cara:

Campurkan kesemua bahan kering. Minyak yang dipanaskan tadi tunggu sebentar, dalam seminit (jangan terlampau panas), tuangkan minyak panas & gaul rata dengan senduk (guna tangan nanti tangan melecur pula), dan agak2 dah sejuk sedikit baru gaul gunakan tangan (dia akan jadi macam serbuk roti).

Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati  sehingga membentuk doh lembut. Jika masih berderai, tambahkan dua sudu air dan uli lagi hingga lembut. Saya menggunakan mixer, maka tak lah lenguh tangan nak mengulinya. Rehatkan doh dalam 10 minit.

Bahagikan doh kepada bebola kecil (besar bola ping pong). Canai dan isi dengan inti kegemaran, tutup dan klim kemas. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing, gunakan api sederhana saja.

Jika nak di frozenkan, karipap ini perlu dibakar dalam oven selama 10 minit atau goreng separa masak. Karipap ini rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ini tak akan berminyak.




Inti kentang + daging


Doh yang siap diuli


Bahagikan kepada bebola kecil


Leperkan. Saya buat 2 peringkat, mula-mula saya gunakan no. 8, kemudian No. 3 (kalau terus no. 3, nanti doh tak boleh masuk mesin)


Peringkat pertama, ketebalan No. 8


Ketebalan No. 3 dan terus dimasukkan inti dan kelim kemas 


Karipap yang siap untuk digoreng




Bahan Inti:

1kg kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar - dipotong dadu

5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
(*di kisar halus)

Rempah kari 4 sudu besar
(kalau nak pedas, bolehlah ditambah cili blend)
Garam, serbuk perasa dan sesudu gula
Air (perlu banyak - 3/4 liter atau lebih)

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau dan masukkan air, masukkan kentang dan bawang serta air. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering.


Nota:
Resepi untuk inti ini hanya sebagai asas saja. Boleh dipelbagaikan dengan menambahkan daging atau ayam dan juga daun sup untuk menambahkan kesedapan inti. Terpulang kepada kepelbagaian masing-masing.

~ Selamat mencuba ~

Sunday, March 16, 2014

Oopsie Bread




Bahan;
3 biji telur (asingkan putih/ kuning)
100g cream cheese (suhu bilik)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



Cara;
Gunakan whisk, pukul putih telur hingga soft peak (bila kaup dia tak jatuh balik).

 

Dalam bekas lain, cream cheese + kuning telur + baking powder + esen vanilla disatukan dan dipukul hingga sebati (kalau sikit.. boleh guna manual, kalau banyak.. baik guna mixer). Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga sebati. (Aduan sedikit cair, macam bater).




Sebelum tu oven dipanaskan pada suhu 200* C. Masukkan adunan dalam bekas aluminium dan bakar selama 15 min.



Bancuhan dimasukkan dalam bekas aluminium


Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 min.


Beginilah rupanya bila dah masak



Boleh dimakan begitu saja... sedapp. 

Selamat mencuba.


Sunday, March 09, 2014

RED VELVET CAKE



Bahan-bahan:
*4 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*2 sudu kecil baking powder
*1-1/2 sudu kecil garam

2 cawan buttermilk
2 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
2 cawan minyak masak
1 cawan air panas
4 biji telur A
1-1/2 sudu kecil esen vanila

3 sudu kecil cuka putih
1-1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Topping
250g cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula -
1 sudu besar jus perahan lemon


Cara-cara:

  • Lenserkan loyang 10" diameter (bulat) dengan butter dan panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk, ayak dan ketepikan.
  • Dalam mixer bowl, satukan gula, minyak dan esen vanilla. Pukul hingga sebati dan masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang. Masukkan pewarna merah. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan buttermilk, sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Satukan cuka putih dengan soda bikarbonat dan segera masukkan kedalam adunan tadi, segera kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan dan bakar selama 45minit, atau kalau dibuat 2 layer, bakar anggaran 35 minit sahaja.
  



Untuk topping. Putar cream cheese hingga agak lembut, masukkan gula icing yanng telah diayak (pastikan diayak ya, kalau tak nanti frosting tu tak smooth). Akhir sekali baru masukkan whipping cream. Pukul sebati dan sapukan pada kek. Untuk memudahkan proses penyapuan, sapukan buttercream tu nipis jer dulu.. (seolah-olah macam kita nak gam kek tu.. jangan bagi terkeluar2 nanti), masukkan dalam petisejuk dalam 30 minit.. kemudian sapukan selebihnya. 


Nota:
Buttermilk boleh digantikan dengan - Mencampurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.

Superfine flour/ tepung kek boleh digantikan dengan cara - setiap 1 cawan superfine flour.. masukkan 2 sudu besar tepung jagung dalam cawan dan kemudian penuhkan cawan tersebut dengan tepung gandum.

~ Selamat Mencuba ~

Blueberry Cheese Tart



Bahan Shell;


- 1-1/4 (312g) butter (biarkan pada suhu bilik)
- 90 g gula aising
- 2 biji telur Gred C
- 530 g tepung gandum
- 1-1/2 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart secukupnya


Cara;

Butter dan gula dipukul dengan menggunakan tangan sahaja, pukul sebati, tapi jangan terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla, dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan dalam plastik dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Sebelum menekan adunan, perlu keluarkan doh terlebih awal (1 jam sebelum).

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius. Bakar selama 25 minit/ sehingga masak.

Shell ini boleh disediakan awal. Perlu disimpan dalam bekas kedap udara dan ianya boleh tahan lama. Seeloknya buat shell ini sehari sebelum kita letakkan filling



Bahan Filling;
- Blueberry jem
- 500 g cream cheese
- 100 g gula icing
- 2 biji telur Saiz B
- 1 sudu teh esen vanilla atau esen lemon

Biarkan cream cheese pada suhu bilik, putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cara mengisi filling;
Menggunakan piping bag, picitkan blueberry jem dalam shell. Menggunakan piping bag juga, picit cream cheese menutupi blueberry jem (membukit shell).


 


Ambil sedikit cream cheese, campurkan sedikit pewarna ungu dan calitkan keatas permukaan cream cheese tadi. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah Celsius.

Saturday, September 14, 2013

Sambal Jering


Bahan;


  • 1 kg jering yang tua
  • Segenggam ikan bilis (lebih pun ok)

  • Bahan Kisar;

  • 20 tangkai cili kering (rendam)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Sesudu besar perahan air asam jawa.
  • Gara, serbuk perasa dan gula secukup rasa.


  • Cara;
    Jering dan ikan bilis yang digoreng
      
  • Jering dibuang kulit dan dihiris nipis dan digoreng hingga agak garing.
  • Ikan bilis juga digoreng.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam, gula. Kacai hingga pekat dan masukkan jering dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  • Friday, September 13, 2013

    Rendang Tok


    Bahan:


  • 2 kg daging (potong dadu atau saiz yang dikehendaki)
  • 1kg santan pekat (@ dari 3 biji kelapa)
  • 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik)
  • 2 helai daun kunyit (dikoyakkan)
  • 4-5 helai daun salam ( daun bay leaf pun boleh)
  • 3 batang serai (dititik)

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • keping gula nipah/ kabung/ melaka (mengikut rasa)
  • Garam secukup rasa

  • Bahan Disangai (goreng tanpa minyak)

  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 -1/2 sudu makan biji ketumbar

  • Bahan kisar (perap)

  • 20 biji cili kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 20 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5 cm. halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • Bahan yang disangai tadi

  • Caranya

  • Potong dan bersihkan daging, perapkan dengan bahan perap. letakkan dalam peti sejuk (bukan tempat beku) dalam 3 - 4 jam. Musukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali dengan santan, daun2 (kunyit, salam dan serai), bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih. Boleh tambah air untuk memastikan daging cukup masa untuk empuk.
  •  

  • Sambil tu bolehlah gorengkan kerisik (atau sediakan awal)

  • Masukkan garam, gula dan perasa.
  •  

  • Bila hampir pekat dan daging telah empuk, masukkan kerisik dan kacau hingga betul-betul 

  • TIPS
    • Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
    • Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

    Tuesday, August 06, 2013

    TART NENAS (versi gulung)



    Bahan: (menghasilkan 50-60 biji)

    250 g butter (1 buku 250g - biar pada suhu bilik)
    4 sudu besar gula icing
    400g tepung gandum
    2 sudu besar tepung jagung
    2 biji kuning telur
    Sedikit pewarna kuning
    1 sudu the esen vanilla

    Jem nenas (Boleh rujuk pada resepi tat nenas versi bungkus/ sepit)


    Caranya;

    Pukul butter dan gula icing (anggaran 3 minit- guna mixer). Masukkan pewarna kuning, esen vanilla dan kuning telur, pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung perlahan-lahan dan gaul hingga sebati.

    Gunakan acuan semperit (dengan permukaan bergerigi sebelah bawah, tekan anggaran 2-1/2 inci panjang. Masukkan jem dan gulung. Buangkan lebihan tepung (jika perlu).

     
    Pastri ditekan sepanjang 2-1/2 inci dengan permukaan bergerigi kebawah, letakkan jam nenas.
     
     
    Gulung


    Potong lebihan pastry (jika perlu).

     
    Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.
     
     
    Selamat mencuma, kalau jadi.. sila lapor ya..

    Saturday, July 20, 2013

    SAMBAL TELUR

     
     
    Biasanya Sambal Telur ni saya buat bila musim-musim pelajar baru UiTM daftar masuk. Sebabnya.. kakak saya pembekal makanan masak di UiTM tu..., banyak lebihan telur rebus.. dan pastinya ia tidak boleh di recycle untuk pelajar..recycle untuk kami tak apa.
     

    Bahannya;
     
    10 biji telur rebus (digoreng dengan minyak, macam goreng ikan)
    Cili Kering
    5 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
     
    (Cili kering direbus dan blend bersama bawang merah dan bawang putih)
     
    Garam, serbuk perasa, gula secukup rasa dan sedikit air asam jawa.
     
     
    Caranya;
     
    Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend, tumis hingga naik bau, masukkan air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula.. pekatkan sedikit sambalnya dengan api sederhana.. akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digorenng.

    Saturday, May 25, 2013

    KERABU MANGGA





    Bahan;

    - 4 biji manga muda (dihiris halus memanjang, atau disagat memanjang). Mangga ini seeloknya jangan disagat terlalu awal. Sediakan bahan lain terlebih dahulu.
    - 1/2 cawan kacang Tanah (sangai, buang kulit dan tumbuk kasar)
    - Anggaran segenggam ikan bilis (goring dan tumbuk kasar)
    - 8 ulas bawang kecil (bwg merah - hiris)
    - 10 biji cili api (hiris), kalau nak pedas.., boleh tambah lagi
    - 1 biji limau nipis (perah airnya)

    Cara Penyediaannya;

    - Buang kulit manga, dan ketepikan dahulu.
    - Sediakan bahan-bahan lain seperti bawang, lada dan tumbuk ikan bilis dan kacang Tanah.
    - Sagat mangga menjadi hirisan halus panjang, masukkan kedalam bekas, campurkan kesemua bahan termasuk perahan limau nipis. Rasakan dengan garam dan gula. 

    Sedia untuk dimakan...

    Friday, October 19, 2012

    Chocolate Banana Cake




    Kemaruk sangat saya ni dengan kek dan muffin. Isnin lepas, balik kerja, lepas siap-siap yang wajib, saya ke dapur lagi. Tengok buah-buahan dalam bakul banyak, pisang pun dah masak ranum.., terus jer teringat Chocolate Banana Cake SR. Resepi ni saya ambil dari web Joy of Baking, cuma kat sini kuantiti pisang tu saya lebihkan.. agar rasa pisang tu lebih sikit dari rasa coklat... hasilnya sangatlah membuatkan hati saya gembira.., akhirnya saya berjaya membuat kek kegemaran saya. Jom tengok macam mana nak buatnya... senang bangat, dalam kes ni saya tak menggunakan electrical mixer pun. 

    Bahan;

    Bahan A (bahan kering);

    • 3-1/2 cawan tepung gandum
    • 1-1/2 cawan serbuk koko
    • 3-1/2 cawan gula castor
    • 3 sudu teh baking powder
    • 3 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh garam halus

    * Bahan-bahan kering ini ( kecuali gula dan garam) perlu diayak dan kesemua bahan ini disatukan dalam satu bekas.

    Bahan B (bahan basah);

     4 biji telur gred A
    • 1 cawan minyak masak (minyak biasa pun boleh)
    • 1 cawan susu segar
    • 2 cawan air suam
    • 2 sudu teh esen vanilla
    • 4 cawan pisang masak (lenyek, jangan terlalu hancur.. lagi sedap kalau lebihkan kuantiti)


    Bahan C (Frosting Chocolate Ganache);

    • 450 g coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
    • 1-1/2 cawan heavy whipping cream (biasa dijual dalam kotak macam susu kotak)
    • 2 sudu besar unsalted butter

    Cara Membuat:

    Chocolate Banana Cake;

    • Panaskan oven pada susu 180 darjah C
    •  Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan.
    • Dalam bekas besar, satukan semua bahan kering dan gaul sebati, ketepikan dahulu.
    • Dalam bekas lain, pukul sedikit telur (macam nak buat telur dadar jer), masukkan minyak, susu segar, air suam, esen vanilla dan pisang. Gaul hingga kesemuanya sebati.
    • Curahkan bahan basah kedalam bahan kering tadi, kacau/gaul hingga rata.
    • Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga masak


    Frosting Chocolate Ganache;

    • Coklat masakan diletakkan didalam mangkuk yang tahan panas.
    • Dalam periuk, panaskan whipping cream bersama butter, angkat dari api sebaik sahaja mendidih.
    • Curahkan whipping cream tadi kedalam manggunk yang berisi coklat, kacau hingga coklat hancur dan sebati dengan whipping cream.
    • Biarkan sejuk, dan setelah sejuk, pukul sedikit agar coklat tadi gebu/ fluffy sebelum dituang atas permukaan kek.


    Nota:
    Tujuan menggunakan kaedah whipping cream ini adalah bertujuan coklat itu lembut walaupun dimasukkan dalam fridge. Kalau mencairkan coklat cara double boiled, coklat akan keras bila sejuk. Setiap 1/4 cawan whipping cream gunakan 75g coklat bar.

    Dan resepi ni.. kalau nak buat separuh pun boleh.. gunakan acuan yang lebih kecil (7" x 7").


    Selamat Mencuba.., dah cuba.. please update ya...

    Sunday, October 14, 2012

    BANANA APPLE MUFFIN

     
    Sebenarnya nak buat muffin ni bukanlah susah sangat. Main campak-campak pun jadi juga, semudah buat cucur jer. Hari ni seawal pagi saya dah buat banana apple muffin. Muffin ni saya buat tidak terlalu manis, anak lelaki kata sedap manis-manis begini, tapi anak yang masih sekolah rendah tu kata.. kalau manis sikit lagi best, maka terpulang lah ya.. budak-budak kan memang suka manis. Nak tau resepinya.. jom tengok sini:
     
    Bahan A (bahan kering);

    500g tepung gandum
    1 sudu teh soda bikarbonat
    2 sudu teh baking powder
    1 sudu teh serbuk kayu manis
    * kesemua bahan diatas diayak dan disatukan dalam satu bekas.
    1 sudu teh garam
     
    Bahan B;
    1 cawan minyak
    4 bili telur gred A
    200g @ 1 cawan gula halus

    450g pisang masak (dilecek jangan terlalu hancur)
    2 biji epal (diparut kasar)

    * untuk hiasan boleh taburkan sedikit chocolate chips sebelum dibakar.

    Cara;
    - Panaskan oven pada suhu 200ºC/180ºC.
    - Satukan bahan B iaitu minyak, gula dan telur, pukul/ gaul sebati (pukul sedikit, asalkan sebati)
    - Masukkan bahan A dan gaul sebati.
    - Masukkan pisang yang telah dilecek dan epal yang telah diparut, gaul sebati.
    - Masukkan 3/4 acuan penuh, taburkan chocolate chips dan dibakar selama 25 - 30 minit.
     
     

    Wednesday, October 10, 2012

    Apple Muffin.




    Kalau chocolate moist lebih pada kesukaan anak-anak, kali ni kita buat apple muffin pulak. Rasanya ada masam-masam manis dan ada bau kayu manis. Nak buatnya tak susah, kalau tak ada electrical mixer pun boleh buat.., main campak-campak pun dah jadi, malah anak dara saya yang usia 10 tahun yang tolong mengadun. Lagi satu muffin ni tak perlu pukul lama-lama pun, kalau tak nanti jadi macam cake pulak. Jom tengok sini..

    Bahan A (bahan kering):

    2-1/2 cawan tepung gandum
    3 sudu teh baking powder
    1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
    (kesemua bahan diatas diayak dan masukkan dalam 1 bekas)
    1 sudu teh garam
    Bahan B;
    1 cawan gula halus
    1/2 cawan gula merah (gula perang)
    1 cawan minyak masak
    2 biji telur gred A
    1 biji lemon (bentuk lonjong berwarna kuning) - diparut kulit dan ambil jusnya
    1 sudu esen vanilla

     
    4 biji epal hijau (buang kulit dan diparut kasar seperti gambar diatas)

    Waknut cincang

    Caranya:
    - Panaskan oven pada suhu 180 C

    - Satukan gula halus, gula merah, minyak, telur, parutan lemon bersama jusnya dan esen vanilla.   Pukul sebati (guna tangan jer pun dah cukup, sekadar nak adunan tu mixed well)
    - Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi perlahan-lahan, kacau rata.
    - Masukkan parutan epal dan kacau rata. (adunan agak kental, seperti gambar dibawah)


    - Masukkan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin dan sekiranya suka taburkan dengan walnut cincang.

    - Bakar pada suhu 180 c selama 30-35 minutes atau sehingga kelihatan golden brown.


    Selamat mencuba.

    Monday, October 08, 2012

    Chocolate Moist Muffin



    Minggu lepas kali pertama aku buat muffin, tapi muffin simple jer.., ada perisa coklat dan coffee. Suka Tasha dan Dhira.., dah buat banyak2 tu siapa lagi nak jadi 'food tester' kan.., so aku paksalah Tasha dan Dhira bawa ke sekolah bagi kawan-kawan.

    Dalam pada bagi kawan merasa.. ada pulak yang nak beli.., anak2 siap dah ambil order.. nak tak nak.. buat juga muffin untuk kali ke2. Jom tengok resepinya..

    Bahan A;

    4 cawan tepung gandum
    2 cawan serbuk koko
    2 sudu teh serbuk penaik
    2 sudu teh soda bikarbonate
    1 sudu teh garam halus
    - Kesemua bahan disatukan dan diayak.

    Bahan  B;

    8 biji telur
    4 cawan gula castor (boleh dikurangkan kalau tak suka manis)
    2 cawan minyak masak (minya apa pun boleh)
    2 cawan susu pekat
    2 cawan air panas.

    Cara;

    Panaskan oven terlebih dahulu, biasanya pada suhu 170 - 180 darjah celcius. Saya gunakan microwave, maka saya gunakan 'one touch menu' jer. Dan sediakan paper cup anggaran 40 biji.

    Telur dan gula disatukan dan dipukul, perlahan kepada high speed (anggaran 5 minit)

    Perlahankan speed mixer dan perlahan-lahan masukkan susu pekat (masa ni gunakan putaran perlahan saja).

    Masukkan minyak, kacau sebati.

    Masukkan bahan kering perlahan-lahan, kacau perlahan hingga rata.

    Masukkan air panas perlahan-lahan
    (pada ketika ini kacau rata menggunakan senduk kayu saja dan adunan menjadi agak cair)

    Tuangkan adunan kedalam 'paper cup' anggaran 3/4 dari saiz paper cup.

    Jika suka taburkan 'chocolate chips' atau hirisan kekacang sebagai hiasan.
    Bakar dalam oven anggaran 40 minit atau ssehingga masak.

    Topping;