Monday, August 31, 2009

Tepung Pelita


Bahan-bahan:
Siapkan adunan-adunan tepungnya terlebih dahulu.

Bahan untuk lapisan hijau (bawah) dan putih (atas)

a) Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5-8 helai daun pandan, dikisar dengan 5 cawan air, tapis dan ambil airnya sahaja.
1/2 sudu kecil larutan air kapur.

Cara: Campurkan semua bahan di atas, kacau rata dan letak ke tepi dahulu.


b) Lapisan Putih:
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6-1/2 sudu besar tepung beras (sukat membukit)
sedikit garam (untuk terasa lemaknya)

Cara: Campurkan semua bahan dan gaul rata, letakkan ke tepi dahulu.


c) Lapisan Air Gula:
1 cawan gula pasir
1 cawan air

Cara: Campurkan dan dimasak hingga pekat.


Cara Membuatnya:

Aturkan bekas berbentuk kotak yang dibuat daripada daun pisang kedalam dulang. Letakkan 1/2 sudu kecil air gula ke dalam bekas (kalau nak mudah, air gula ini boleh digantikan dengan 1/2 sudu kecil gula pasir).

10.5 x 13 sm daun pisang yang dibentuk seperti kotak (sampan) diatur dalam tray terlebih dahulu

Masak lapisan hijau atas api sederhana, kacau tanpa henti hingga masak dan berkilat.


Tuangkan dalam bekas yang bermuncung (jug air) dan tuangkan atas lapisan gula. Buat hingga habis.


Masak pula lapisan putih. Kacau tanpa henti hingga pekat dan masak.

Tuangkan atas lapisan hijau. Nisbah lapisan hijau mesti lebih tebal dari lapisan putih.

Selamat mencuba.

Friday, August 21, 2009

Kuih Bakar Durian

Bahan-bahannya;

1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur 3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya;

Menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.

Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.

Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit (resipi ini dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8).


PENTING:

Jika menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas. Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.
Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Kuih Bakar Nangka:
Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Kuih Bakar Cempedak:
Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Kuih Bakar Pisang:
Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Kuih Bakar Keledek:
Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar.

Kuih Bakar Jagung:
Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

Saturday, January 24, 2009

Daging Salai Lemak Cili Api


Daging yang disalai atas api


Sedia untuk hidangan


Bahan;

1/2 kg Daging segar, disalai atas bara api.
1 biji mangga muda - diracik halus seperti buat kerabu mangga.

Bahan untuk dikisar;

20 biji Cili Padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3 ulas bawang merah - kalau ikut orang N9.. mereka tak guna bawang
1 cm kunyit hidup

1 biji kelapa - ambil santan pekat dan santan cair.

Cara;
Hiris daging salai nipis-nipis. Masukkan daging salai, mangga racik, bahan kisar dan santan cair kedalam periok. Renihkan atas api sederhana anggaran 10 min. Masukkan santan pekat, kacau jangan biarkan santan jadi pecah minyak, dan perasakan dengan garam, serbuk perasa. Biarkan seketika dan angkat dari api.

Friday, October 17, 2008

Kebab Simple


Bahan;
Daging/ ayam burger (any brand)
Mentega
Mayonis
Cili sos
Roti Pita
Daun salad
bawang besar (dihiris)

Cara;
Goreng daging/ayam burger dengan menggunakan sedikit mentega, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ini. Campurkan dengan sedikit mayonis, cili sos dan hirisan bawang.

Roti pita dipanaskan atas 'pan' dengan sedikit mentega, angkat dan belas dua. Setiap satu belah tengah.

Masukkan daun salad, diikut dengan daging burger yang telah digaulkan dengan mayonis dan sos. Sedia untuk dimakan.

Thursday, October 16, 2008

Acar Buah


Bahan untuk menumis;
  • 300 g Cili Kering
  • Rempah kari 5 sudu besar
  • 10 ulas bawang putih (dihiris)
  • 15 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 inci halia (dihiris jejari halus)
Cili kering dicuci dengan air panas (lalukan) dan disangai dengan sedikit minyak sehingga warna cili kering tadi agak kehitaman (tapi jangan terlalu hitam). Blend dengan sedikit air panas. Cili blend ini dicampurkan dengan serbuk kari.. ketepikan.

Bahan-bahan jeruk;
  • 15 biji jeruk limau (lihat cara menyediakan jeruk limau)
  • Buah-buahan Jeruk (kalau dipasar boleh panggil jeruk acar, berwarna warni dan bercampur)
  • 15 ulas bawang merah (cuci dengan air panas)
  • 10 ulas bawang putih (cuci dengan air panas)
  • 10 biji Buah Kurma (digoreng dengan minyak panas dan tos)
  • 10 biji buah prune (digoreng dgn minyak panas dan tos)
  • Sedikit kismis putih (digoreng dengan minyak panas dan tos)
  • Cili Api (jika suka - digoreng dengan minyak, tos)
  • 1 cawan penuh cuka
  • Gula, garam dan serbuk perasa.
  • 1 cawan Air masak (panas)

Cara membuatnya;
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili blend yang dicampur serbuk kari, goreng hingga pecah minyak.
  • Masukkan air masak diikuti dengan buah-buahan jeruk serta kismis, buah kurma, prune dan jeruk limau, perlu dikacau selalu supaya tak berkerak. Masukkan cuka, kacau lagi.. akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula (perlu diingatkan.. acar ini memerlukan banyak gula). 
  • Kacau hingga pekat. Masukkan ke dalam botol-botol kecil. Ianya patut tahan lama tanpa disimpan dalam peti sejuk.




Cara Menyediakan Jeruk Limau;

 

  • Limau nipis di rebus dengan air mendidih anggaran 2 minit, buang air, ulangi proses merebus hingga 3 atau 4 kali (setiap kali menggunakan air baru). Ini bertujuan menghilangkan pahit kulit limau.
  • Tunggu limau yang direbus tadi sejuk sedikit, belah 4 (jangan putus) dan lumurkan dengan campuran garam dan gula (nisbah 2:3).


  • Masukkan kedalam botol, masukkan sedikit cuka, jemur seketika (1/2 hari) ditengah panas. Simpan limau tadi dalam 1 minggu sebelum dijadikan acar.

~Selamat mencuba~

Pajeri Terung


Bahan;

Terung Panjang 3 biji (buang kulit tengah dan potong)
Rempah Kari 4 sudu besar (campurkan sedikit dengan 1 sudu cili blend)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)

Bahan tumbuk;
4 ulas Bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit udang kering

Santan (anggaran 3 cawan)
Kerisik 3 sudu besar
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa, garam dan gula.

Cara;
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serbuk kari.. tumis hingga agak garing, masukkan santan dan terung. Biarkan terung agak lembut, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan seketika hingga pekat.

Monday, September 29, 2008

Almond Sugee


Bahan;
1 mangkuk minyak sapi ( I guna gheeblend)
1 mangkuk gula ising
5 sudu serbuk badam
Tepung gandum

Cara;
Minyak sapi dipanaskan, kemudian disejukkan. Masukkan gula ising, gaul rata dan sebati. Masukkan serbuk badam, perlahan-lahan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga anggaran menjadi doh yang boleh dicanai. Canaikan (kalau nak senang, gunakan plastik). Terapkan guna acuan, kalau boleh acuan tersebut biar jenis simple.. kerana doh ini agak melekit dan penggunaan acuan simple berbentuk bulat, empat segi lebih mudah.

Aturkan dalam dulang dan dibakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15 minit. Selamat mencuba.

Sunday, September 28, 2008

Tumis Asam Pedas Daging





Bahan;

1/2 daging lembu (beli jer yang fresh tempatan)
4 buku kentang, dibelah 4
3 sudu besar cili blender

4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Minyak untuk menumis

Air, sedikit asam jawa digaul dengan 1 inci belacan - dapatkan air (kalau tak nak belacan pun ok)

3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
Garam dan serbuk perasa

Cara Masak;

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan cilli blender. Biar naik bau, masukkan air asam jawa yang digaul dengan belacan. Masukkan daging, biarkan merenih hingga daging empuk. Masukkan kentang, kerisik, daun limau... biarkan kentang empuk dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Wednesday, September 17, 2008

Aneka Sambal Belacan

Sambal Belacan style Raalah (orang Perak)

Bahan: Cili merah 5 biji, sedikit ikan bilis (10 bilis), seinci belacan (dibakar atau digoreng terlebih dahulu), seinci asam jawa (tanpa biji), sedikit gula pasir. Cara buat: Kesemua bahan ditumbuk, akhir sekali masukkan sedikit gula.


Sambal Belacan Binjai

Bahan: Cili merah 5 biji, 5 hiris asam binjai, seinci belacan (dibakar atau digoreng terlebih dahulu). Cara buat: Kesemua bahan ditumbuk, akhir sekali masukkan sedikit gula jika nak kurangkan pedasnya.

Tuesday, August 26, 2008

Menu Sabtu 23 Ogos 2008

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Bahan

Telur Itik 6 biji
6 - 8 biji belimbing buluh/ mangga muda
1 biji kelapa (perah santan)
Cili Api 25 biji (kalau nak pedas lebihkan lagi)
Kunyit hidup
Bawang merah 4 ulas
(3 bahan diatas di blend/ tumbuk halus)
Sedikit garam dan serbuk perasa

Caranya;

Masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, belimbing buluh dan renihkan hingga mendidih. Pecahkan telur itik sebiji-sebiji kedalam santan yang mendidih, biarkan seketika sambil kacau santan (jangan sampai kena telur, bagi memastikannya telur tidak pecah). Masukkan santan pekat, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. biarkan mendidih seketika.. angkat dan hidang.



Sambal Belacan Asam Binjai
Lada merah 6 biji
2 cm kiub belacan (dibakar atau digoreng)
5 hiris asam binjai
Tumbuh lada dan belacan, masukkan hirisan asam binjai.


Telur Goreng Masak Kicap

Tuesday, August 12, 2008

POPIA BASAH


A: Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu kecil garam
Masukkan cuka makan dan garam kedalam air. Bancuh tepung di dalam bekas.. dan biarkan lebih kurang 1 jam. Gunakan tangan untuk membuat kulit popia. Mulakan melenser adunan dari sebelah luar dan bawa ke tengah. Bancuhan ini mesti dalam bentuk elastic (liat-liat bergam). Seeloknya gunakan 'non stick pan'. Tak perlu letak minyak (kalau letak minyak.., nanti masa nak melenser.. tepung tadi tak akan melekat).



B: Bahan Sos
  • 250 g lada kering,buang biji (rebus)
  • 3 - 5 ulas bawang putih
  • 200 g kurma (tanpa biji) atau ksimis hitam
  • Gula pasir/ perang secukup rasa
  • sedikit garam
Blend lada dan kurma serta bawang putih (blend bersama pun boleh). Masukkan dalam periuk.. masak dengan api perlahan hingga hampir pekat. Masukkan gula, garam dan masak lagi hinga betul2 pekat.




Kacang tanah, disangai dan ditumbuk halus


C: Bahan Inti.


  • Udang Kertas (bersihkan, gaul dengan tepung jagung atau tepung beras dan sedikit garam. Goreng dalam minyak yang banyak, tunggu sejuk dan blend kasar).
  • Kacang Tanah (sangai dan blend)
  • Kacang Panjang (hiris kecil2 dan celur)
  • Taugeh (celur)
  • Sengkuang (dihiris jejari panjang)
  • Lobak disagat (jejari panjang)
  • 1 keping tahu (dihancurkan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bawang putih, merah dihiris. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hiris hingga garing, masukkan sedikit serbuk kunyit, masukkan tahu yang telah dihancurkan, sengkuang.. masak hingga sengkuang agak lecur, masukkan lobak merah dan masak sebentar dan angkat masuk kedalam bekas.


Kedua-duanya kacang panjang dan tauge dicelur dan ditoskan

Udang Kertas digaul dengan tepung jagung dan digoreng (deep frying) kemudian di cincang halus atau blend kasar.

CARA MENGHIDANG;

Sapukan kulit popia dengan sos, taburkan kacang Tanah.


Letakkan kacang panjang dan taugeh, sengkuang dan taburkan dengan udang goreng tepung yang telah dihancurkan.


Gulung seperti membuat kuih ketayap.


~ Selamat mencuba ~

Nota.

Kulit popia boleh dibuat awal, pastikan ianya ditutup dengan tuala bsah.

Sunday, March 30, 2008

Roti Jala




Bahan-bahan;


1 kg tepung

1 biji kelapa parut (dapatkan santan anggaran 1L)

Air secukupnya

Telur 1 biji

Sedikit pewarna kuning, garam secukup rasa


Cara membuatnya;

Masukan tepung dalam bekas, pecahkan telur, masukkan garam serta pewarna kuning. Masukkan santan, kacau. Dengan menggunakan blender, blend bancuhan tadi hingga sebati. Masukkan air sekiranya bancuhan terlalu pekat. Dapatkan bancuhan seperti membuat kuih katayap (kuih dadar).


Panaskan 'non stick pan', jalakan menggunakan acuan roti jala. Bila tak melekat (atau sudah masak), angkat dan gulung atau lipat. Sedap dimakan bersama kuah kari.

Tuesday, July 24, 2007

Karipap Pusing



PASTRI RAPUH

300g tepung gandum
150g butter + 1 sudu shortening
Uli hingga sebati

Bahagikan pastri rapuh kepada 8 bahagian yang sama

PASTRI BIASA
700g tepung gandum
2 cawan air + 1 sudu teh garam halus
Uli hingga sebati dan bahagikan kepada 8 bahagian yang sama



Canaikan pastri biasa anggaran sebesar piring kuih dan letakkan pastri rapuh diatasnya. Balut pastri rapuh tadi, buat seperti bebola.



Canaikan bebola tadi hingga nipis (jangan terlalu nipis) dan potong dua, lalu di gulung setiap satu seperti gambar diatas.




Leperkan sekali lagi setiap bahagian tadi dengan kedudukan seperti gambar diatas




Gulung lagi untuk kali kedua




Siap gulung, bahagikan gulungan kedua tadi kepada empat (4) bahagian




Canaikan setiap bahagian tadi anggaran sebesar tapak tangan dan sudukan inti keatasnya







Tutup inti tadi seperti gambar diatas, dan kelim seperti biasa.






Inilah hasil karipap yang telah siap dikelim. Setiap bebola menghasilkan lapan biji karipap.





Inilah hasil karipan yang telah siap digoreng. Jangan goreng menggunakan api yang besar.





Friday, June 22, 2007

Kuah Rojak

Bahan:
1/2 kilo kacang tanah
10 batang lada kering
125 gram petis
200 gram gula hitam (atau gula melaka)
200 gram gula pasir
1 genggam asam
1 1/2 cawan air masak putih
garam secukup rasa
4 biji limau kasturi diambil jusnya

Cara:
Kacang digoreng dan tumbuk/kisar jangan kasi lumat. buat kasar.

Rendam & kisar lada kering (kepedasan bergantung kepada anda sendiri), sekiranya nak pedas lagi tambah ikut citarasa.

Masak semua bahan kecuali kacang di atas api perlahan dan dikacau selalu, masak hingga pekat.

Akhir sekali masukkan jus limau dan rasa. Tutup api & masukkkan kacang yang telah ditumbuk tadi. Kalau nak sedap kacang ni digoreng tanpa minyak. Kuah rojak akan tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

Thursday, March 29, 2007

Mee Bandung Muar (Original Recipe)


ATURAN
1. Sediakan bahan untuk 'paste'
2. Rebusan Daging
3. Bahan Lain

Penyediaan Paste.Sediakan bahan ni terlebih dahulu. Boleh disediakan banyak2 dan keep in the fridge.. bila nak masak.. just tumiskan paste ni.. (buat permulaan sediakan sikit jer)

Bahan Paste;
300 g udang basah (bersihkan dari kulit dan kepala)
100 g udang kering (rendam)
200 g kacang tanah (sangai terlebih dahulu)

5 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ..... diblend bersama 4 sudu besar kacang tanah.. diblend halus Sedikit minyak, garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Cara Membuat Paste:
Udang dibersihkan, isi udang bersama udang kering di blend. Kacang tanah diblend halus (berasingan dengan udang, sebab udang tu tak perlu blend halus pun). Kulit dan kepala udang direbus.. jadikan stok, blend dan tapis. Panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tumis.. masukkan air stok, udang dan kacang tanah. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.. biarkan pekat hingga menjadi paste. (Ia boleh disimpan lama dalam frizer)


Rebusan DagingRebus daging anggaran 1/2 jam.. kemudian simpan air rebusan dan hiris nipis daging... ketepikan.

Sediakan bahan2 lain.Bahan;
Mee Kuning (celur)
Sawi Tomato (belah 4)
Tahu digoreng dan hiris
Telur

Bahan hias..
Cili Merah
Bawang Goreng

CARA MEMBUATNYA.

Panaskan minyak, masukkan paste.. goreng sedikit. Goreng hingga begini anggaran 2 minit.


Masukkan air rebusan daging dan daging.

Masukkan sawi dan tomato... biar mengelegak baru masukkan telur.. jangan dikacau.. biarkan telur masak ala2 cair gitu..

Sediakan mee dan tahu goreng

Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee.. dan taburkan cili dan bawang goreng.


~ Selamat Mencuba ~