Bahan-bahan:
Bahan yang perlu disediakan awal:
Cara2nya:
~ Selamat Mencuba ~
- 1 biji telur (gred AA)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh coffee oil/ extract
Ketiga-tiga bahan ni dicampur, kacau sebati dan simpan dalam fridge semalaman atau paling kurang 2 jam sebelum digunakan.
Bahan Kering:
- 2-3/4 cawan (275g) tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 2 sudu besar serbuk koko* (saya gunakan 1 sudu, atau boleh gantikan dengan milo.. jika letak 2 sudu besar mengikut resepi asal, doh akan jadi lebih gelap)
- secubit garam halus
- 1/2 cawan oats** (saya gantikan dengan 4 cawan cornflakes dan hancurkan guna tangan, tapi jangan hancur sampai jadi serbuk)
- 1/2 cawan serbuk badam**
Bahan yang bertanda ** diblend dan diayak, bahan yang bertanda * diayak. Campurkan kesemua bahan kering diatas dan gaul rata. Seeloknya gunakan whisk.
Bahan Kekacang:
- 1-1/4 cawan Chocholate chips/ block (jika gunakan choc blok, perlu dan cincang halus)
- 1/2 cawan Kekacang (samada macadamia, hazelnut, almond.. dll), saya gunakan almond slices.
- 1 cawan butter (240g) tapi saya gunakan 250g, 1 buku butter tu, sebab malas nak potong-potong - biar pada suhu bilik
- 1 cawan brown sugar (200g)
Cara2nya:
Butter dan gula disatukan
Pukul hingga kembang
Masukkan bahan yang telah disimpan semalaman dalam fridge
Masukkan bahan kering dan gaul sebati
Masukkan bahan kekacang
Bungkus dalam palstik dan simpan dalam fridge sebelum dibakar
Cubitkan sebesar bebola kecil dan aturkan dalam dulang dan bakar
- Pukul butter dan brown sugar hingga kembang/ ringan/ bertukar warna (pudar), masukkan bahan yang disimpan semalaman dalam fridge tadi, kacau sebati. Masukkan bahan kering, gaul sebati.., akhirnya masukkan kekacacang dan coklat.
- Seeloknya simpan dalam fridge semalaman atau 3 hari. Masa nak bakar.. keluarkan dan cubitkan sedikit sebesar bebola kecil dan atur dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 25 minit..., kalau nak lagi crunchy.. tambah lagi 5 minit.
Hmmm.. yummy..
~ Selamat Mencuba ~
** Feedback saya kalau menjadi ya...
No comments:
Post a Comment