Bahan-bahannya:
- 500 gram daging (potong mengikut saiz yang diperlukan
- 5 biji bawang merah*
- 1 biji bawang putih*
- 1 inci lengkuas*
- 1 inci halia*
- sedikit kunyit hidup*
- 3 batang serai*
- 2 sudu kecil ketumbar**
- 1 sudu kecil jintan halus**
- gula melaka, garam dan perasa secukupnya
- minyak masak untuk menumis
Bahan yang bertanda ** disangai dan dikisar
Cara-caranya:
- Gaul bahan-bahan kisar bersama daging, gula melaka, garam dan perasa. Perap semalaman dan simpan dalam fridge.
- Panaskan minyak masak, tumiskan daging yang telah diperap bersama rempah tadi dan kacau rata.
- Masak hingga air daging keluar dan kering sendiri. Sekiranya daging kurang empuk tambahkan sedikit air dan tutup kuali. Daging hendaklah dikacau sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
- Apabila daging telah empuk dan agak kering, bolehlah tutupkan api dan dihidangkan.
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment