Friday, July 25, 2014

Crunchy Choc Chips




Selalunya.. setiap tahun.. ini kuih iringan Tart Nenas, maksud saya.. kalau saya buat tart nenas.. saya pasti buat cookies ni, sebabnya.. dalam resepi Tart Nenas.. saya akan gunakan 1 telur dan 3 kuning telur (4 biji telur tapi 3 darinya hanya kuning saja).. yang putih tu tak kan nak buang jer kann.. maka saya akan buat Crunchy Chocolate Chips. 

Dalam resepi ni.. saya memang tak gunakan kuning telur.. hasilnya memang crunchy, rugi tak cuba.. jom kita tengok resepinya.


Bahan:
  • 3 buku butter (250 g/ buku - biarkan pada suhu bilik)
  • 200g gula castor
  • 200g gula perang
  • 3 biji putih telur*
  • 1 sudu teh esen vanilla*
  • 1 sudu teh esen coffee*

Ketiga-tiga bahan yang bertanda * ini dicampur, kacau sebati dan simpan dalam fridge semalaman atau paling kurang 2 jam sebelum digunakan.


  • 1kg Tepung Kek (kalau nak buat sendiri klik Cara Buat Tepung Kek)
  • 1 sudu besar (rata) serbuk koko (boleh juga digantikan dengan choc paste)
  • 100g almond ground (serbuk badam)
  • 2 cawan nestum

Nestum atau Cornflakes

Hirisan badam

  • 200g almond slice (hirisan badam)
  • 2 cawan Choc. chips

Cara:

  • Butter, gula castor dan dipukul rata, mulakan dengan perlahan dan kemudian pada speed laju selama lebihkurang 10 minit. Masukkan gula perang, pukul lagi dalam 1 minit, masukkan bahan yang disimpan semalaman (putih telur, coffee essence, vanilla essence) pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan-bahan kering, tepung kek, serbuk koko, serbuk badam dan nestum. Gaul sehingga rata, akhir sekali masukkan hirisan badm dan choc. chips. Gaul sebati.
  • Simpan dalam balutan plastik dan simpan semalaman dalam fridge. Untuk membakarnya, keluarkan 1 jam terlebih dahulu.


Beginilah rupanya doh yang dah siap tu.. ini ada;ah doh yang dah disimpan semalaman dan hanya tunggu unutuk dibakar saja. 

  • Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. Ambil sedikit adunan (anggaran 1 sudu kecil) dan aturkan dalam dulang, jarakkan sedikit kerana apabila dibakar adunan akan sedikit leper dan memerlukan ruang. Bakar selama 30 minit.
Sedia untuk dibakar

Sesudah sibakar, sejukkan atas redai

Inilah hasilnya... yummy.

~ Selamat Mencuba ~




No comments: