Tuesday, July 08, 2014

Daging Masak Sate Goreng



Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging (potong mengikut saiz yang diperlukan
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 3 batang serai*

  • 2 sudu kecil ketumbar**
  • 1 sudu kecil jintan halus**
  • gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • minyak masak untuk menumis
Bahan yang bertanda * dikisar halus
Bahan yang bertanda ** disangai dan dikisar


Cara-caranya:


  • Gaul bahan-bahan kisar bersama daging, gula melaka, garam dan perasa. Perap semalaman dan simpan dalam fridge.
  • Panaskan minyak masak, tumiskan daging yang telah diperap bersama rempah tadi dan kacau rata.
  • Masak hingga air daging keluar dan kering sendiri. Sekiranya daging kurang empuk tambahkan sedikit air dan tutup kuali. Daging hendaklah dikacau sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
  • Apabila daging telah empuk dan agak kering, bolehlah tutupkan api dan dihidangkan. 

 ~ Selamat Mencuba ~

Saturday, July 05, 2014

Kuih Ketayap


Kuih ni ada yang panggil Kuih Ketayap, ada yang panggil Kuih Dadar dan tak kurang juga dengan panggilan Kuih Gulung. Tak kisahlah apa namapun.. yang penting kuih ni diperbuat dari tepung gandum dan ada inti kelapa...



Bahan-bahan:-(untuk 8 biji kuih ketayap)

Inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan bancuhan gula merah
  • Secubit garam
  • Simpulan daun pandan
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara:-

  • Untuk inti: Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
  • Untuk kulit: Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan blender. Panaskan non stick pan (api perlahan), tuang sedikit minyak (dalam 2 sudu) kedalam adunan. 



Satukan semua bahan dan blend



Kelihatan minyak dalam bancuhan tepung

  • Tuang sesenduk adunan ke tengah frying pan dan ratakan dengan senduk. Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari frying pan tu maknanya kulit dah masak.

  • Bila dah masak, letak inti dan gulung seperti gambar di bawah ni.





~ Selamat Mencuba ~


Thursday, July 03, 2014

Almond Sugee



Biskut 'Almond Sugee' juga antara biskut wajib saya setiap tahun. Antara biskut yang tidak menggunakan telur. Lembut dan gebu.. selalu juga disebut dengan 'melting moment'.


Bahan:
  • 250 g minyak sapi
  • 500 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 170 g gula icing
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 150 serbuk badam (ground almond)
Cara:
  • Cairkan minyak sapi dalam microwave/ atas api, dan biarkan sejuk seketika, tambah esen vanila kedalam minyak sapi yang telah sejuk tadi.
  • Ayak tepung dan baking soda, satukan kedalam bekas bersama gula icing dan serbuk badam. 
  • Tuangkan minyak sapi kedalam campuran tepung, uli hingga menjadi doh.
  • Bentukkan bebola kecil (anggaran 1 sudu kecil) dan aturkan dalam dulang pembakar.
  • Sebelum itu panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius. Bakar selama 15 minit.

~ Selamat Mencuba ~


Wednesday, July 02, 2014

Tart Nenas


Tart Nenas merupakan kuih wajib saya setiap tahun. Ia juga pemula segala kuih.., kalau nak buat kuih raya, saya akan mulakan dengan tart nenas ni dulu. Sekitar tahun 2002 - 2008 saya memang buat untuk jualan.. Alhamdulillah dapat sambutan.. hingga dikirimkan keluar negara rupanya tart saya ni. Kini ianya hanya tinggal kenangan dan saya buat untuk diri sendiri dan atas permintaan rakan2 yang dah biasa dengan tart ini.. Nak tau resepinya.. jom lah kita tengok resepinya....


Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
  • 1kg tepung gandum
  • 2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
  • 4 kuning telur + 1 putih telur
  • 1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
  • Jem Nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:
  • Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). 
  • Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. 

Pastri yang telah siap diadun diketul-ketulkan


Jem nenas siap dibulat-bulatkan untuk
dimasukkan ke dalam pastri.

  • Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.
  • Cara nak buat bentuk nenas tu.. bolehlah rujuk kat video dibawah ni.



Tart Nenas yang telah siap dibentuk
hanya menunggu untuk dibakar

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit. Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. 

Selamat mencuba ~.

Friday, June 27, 2014

Tiramisu





Bahan:

250 g cream cheese*
125 g butter (1/2 buku)*
1-1/2 cawan whipping cream*
100 g gula halus
Lady finger secukupnya
Nescafe
Serbuk koko

Bahan yang bertanda * perlu dibiarkan pada suhu bilik.



Biskut Lady Finger (ada dijual dikedai kek)

Cara Membuatnya:

  1. Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga sebati.
  2. Sediakan bekas, nescafe dibancuh dengan sedikit air suam. 

  1. Layer pertama - Celup lady finger dan aturkan kedalam bekas.
  2. Layer kedua - Tuangkan bancuhan cream cheese diatas layer 1.
  3. Layer Ketiga, celupkan lady finger kedalam larutan nescafe dan aturkan atas layer ke 2.

  1. Layer keempat - Tuangkan bancuhan cream cheese.
  2. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dalam masa 20 min. dan akhir sekali taburkan serbuk koko diatasnya. Seeloknya gunakan ayak dan taburkan serbuk koko diatas lapisan ke empat.
  3. Hiaskan dengan strawberry atau buah-buahan.

Boleh juga dibuat dalam bekas-bekas yang kecil sebegini, lady finger perlu dipatahkan mengikut saiz bekas sebelum dicelupkan dalam larutan nescafee

Sedap dimakan ketika sejuk

~ Selamat Mencuba ~

Monday, June 23, 2014

Teh Tarik Pakistan



Bahan- bahan;

2 sudu besar (membukit) serbuk teh
1 sudu buah pelaga - ditumbuk untuk pecahkannya
1 tin susu cair
4-5 sudu besar gula
air (3 tin - boleh guna ukuran tin susu)


Cara;


Renihkan air, buah pelaga dan teh dengan api perlahan hingga kembang. Masukkan susu cair, kacau selalu (untuk elakkan susu membuak keluar). Masukkan gula dan kacau. Tapis dan boleh dihidangkan.


Buah pelaga

Tumbuk untuk pecahkan buah pelaga

Renihkan hingga kembang

Masukkan susu dan kacau



 Teh yang telah ditapis

Wednesday, June 18, 2014

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan;

1kg daging (potong nipis)
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat (kurangkan sikit pun boleh)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
5 - 6 tangkai lada kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara;

  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bunga lawang, kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga terbit minyak.
  • Masukkan daging, air asam jawa dan sedikit air, renih hingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering macam buat rendang.

~ Selamat mencuba ~


Monday, June 09, 2014

Pulut Seri Muka




Bahan lapisan bawah:

2 cwn beras pulut (rendam semalaman atau lebih 2 jam)
2-1/2 cwn santan pekat (750 ml)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak




Cara:

  • Bersih dan toskan beras pulut, masukkan kedalam loyang (kalau nak mudah.. misalnya ada yang nak ambil tempahan.. elok dialaskan loyang dengan plastik), tuang santan yang telah dicampur garam dan minyak, gaul sebati. 
  • Kukus selama 30 min dan kacau/ gaul lagi. Angkat dan tekan bagi mampat untuk mengelakkan lapisan atas jadi mengelembung.




Bahan Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat (750ml)
15 helai daun pandan blend dengan 1-1/2 cawan air (250 ml) tapis ambil jus pandan.
1-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara:






Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 

Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas pulut dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.

Ini versi kacau dulu bancuhannya atas api perlahan baru tuang atas lapisan pertama. Permukaan talam lebih licin.



Ini versi saya masukkan terus bancuhan atas lapisan bawah dan terus kukus. Hasilnya permukaan tak berapa rata.


~ Selamat mencuba ~

Sunday, June 01, 2014

Sup Bunjut



Sekarang ni satu sup bunjut harganya lebih kurang RM 1. Apa kata kita buat sendiri jer... buat banyak-banyak dan simpan, bila nak guna ambil jer.. memang menjimatkan.

Bahan (untuk satu bunjut):

1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil - masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih

Bahan yang dipecah-pecahkan:

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi
Secubit biji kas-kas (beli kat kedai India - kalau tak ada pun tak apa)

Bahan B dipecahkan (tumbuk sedikit saja). Masukkan kesemuanya dalam kain kasa, lillit dengan benang. Dah boleh gunakan.





~ Rajin-rajin mencuba ~

Karipap Pusing




Bahan Kulit Luar:

  • 350g tepung gandum
  • 30g (sesudu besar) butter
  • 3/4 cawan air 
  • 1/2 sudu teh garam
Cara;
Gaulkan tepung dengan butter, satukan garam  kedalam air. Masukkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit, uli hingga sebati hingga menjadi doh lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama.


Bahan Kulit Rapuh (dalam):
  • 150 g tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 75g butter
Cara:
Satukan tepung. gaul dengan butter hingga menjadi doh. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama.

4 bahagian doh luar (putih) dan 4 bahagian doh dalam (kuning)


Bahan Inti;

Boleh ambil kat sini ya.. INTI KENTANG

Cara Membuatnya:
  • Leperkan sedikit doh luar, masukkan doh rapuh kedalamnya, tutup semula.., dan buat kesemuanya.



Keliahatan doh luar yang telah dimasukkan doh rapuh

  • Leperkan doh.

Lipatkan doh begini


Kemudian lipat bahagian satu lagi

  • Gelek lagi doh yang telah dilipat.

Sekarang, gulung begini pula


Gulungan akan kelihatan macam ni dari bahagian tepi


Potong anggaran 3/4 cm (jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat). Gelek untuk meleperkannya, ini pun kena pastikan jangan terlalu tebal (nanti keras) dan jangan terlalu nipis (nanti susah nak handle)


Sedia untuk dimasukkan inti.



Lipat dan kelim tepinya


Beginilah rupanya


Karipap sedia untuk digoreng


Tips:


  • Untuk memudahkan masa meleperkan doh, saya gunakan plastik, doh diletakkan antaranya. 
  • Jangan gunakan mesin mee untuk meleperkan doh, hasil pusingannya tak berapa cantik.
  • Masa menggoreng. jangan goreng terlalu lama, nanti kulit karipap akan keras.


~ Selamat Mencuba ~