Wednesday, October 15, 2014

Nasi Tomato



Sekarang ni boleh katakan ramai juga antara kita yang memiliki Periuk Tekanan (pressure cooker). Memasak Nasi Tomato menggunakan pressure cooker.. hanya memerlukan masa 14 minit sahaja untuk masak.. cepat kan?. Jom kita tengok bagaimana mudahnya..


Bahan:
  • 2 cawan beras basmathi, basuh dan toskan.
  • 1-1/2 cawan air
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 biji tomato dibelah 8
  • 5 bunga cengkih (cloves)*
  • 5 biji buah pelaga (cardamon)*
  • 1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)*
  • 2 bunga lawang*
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (dikisar dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1/4 cawan tairu (susu cair dicampur dengan 1 sudu besar lime)


Caranya:
  • Masukkan beras kedalam periuk tekanan (pressure cooker).
  • Masukkan bahan bertanda*, bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Curahkan halia yang dikisar dan air.
  • Masukkan garam, minyak dan minyak sapi keatas beras tadi. Masukkan tomato puri (tak perlu kacau). Tomato belah diletakkan paling akhir.
  • Tekan pad menu RICE dan tekan START pada panel pressure cooker, atau boleh setkan pressure time selama 14 minit (untuk nasi) dan tekan Start.
  • Bila nasi masak (dalam masa 14 minit), curahkan tairu keatas nasi.
  • Tutup semula tudung pressure cooker, tunggu hingga 5 minit bolehlah dihidangkan.
Pastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent)


~ Selamat Mencuba ~


Tuesday, October 14, 2014

Acar Tomato



Bahan:
3 biji tomato (didadu)
1 labu bawang besar (Belah 4 dan dimayang)
4 biji cili api (hiris)
1 sudu besar gula (kalau tak suka manis, kurangkan sedikit)
1/2 sudu teh garam
Berberapa titis cuka masak

Caranya:
  • Campurkan kesemuanya dalam bekas dan gaul. Ia merupakan penyediaan sejuk. Sedap dimakan bersama Nasi Tomato atau Nasi Biryani.





Thursday, October 09, 2014

BBQ Kambing


Pada malam Hari Raya Aidil Adha yang baru ni.. keluarga kami mengadakan BBQ kat rumah kakak di kampung. Kalau balik kampung rumah beliau memang jadi serbuan.. sebabnya dirumah kakak saya ni kelengkapan dapurnya memang superb.. maklumlah.. orang bisnes katering ni.. semuanya baik dari segi bahan dan kelengkapan.. semuanya ada.

Yang jadi chef of the day hari tu adalah abang saya yang tinggal di Kulim. Katanya resepi perapan daging yang dia buat memang dipuji rakan-rakannya.. Hmm.. memang pun.. terbukti sedap.., siap pesan dengan saya.. itu resepi dia.. nak patent kan.. haha. Tapi ya lah.. apa salahnya berkongsi resepi.. ya tak.. dia pun bukan bisness katering pun.. apa pun air tangan juga..kadang-kadang ikut resepi yang sama.. tapi rasa lain-lain.. Jom kita tengok resepi dari Dr. Ghazali ni..


Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua


  

Bahan Perapan:
Lada hitam 
Madu
Sos Cili
Sos tomato
Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.

Cara:

  • Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
  • Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit.
  • Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.



  • Panggang menggunakan arang.


Siap untuk dimakan


Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.



~ Selamat  mencuba ~







Wednesday, October 08, 2014

Burasak






Kali pertama makan Burasak ni.. kat rumah adik ipar di Pontian. Burasak ialah sejenis masakan kaum Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya

Burasak disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama empat hingga lapan jam. Burasak mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis. Aku juga keturunan Bugis.. tu sebab suka sangat makan Burasak ni. Jom kita lihat resepi.. bagaimana nak buat makanan ni.


Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya sebanyak 2 liter
garam secukup rasa.


Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).


Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan. Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api. Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, masukkan beras, kacau merata hingga agak-agak masak (tak perlu hingga kering), padamkan api. 


Cara membungkus:








Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4, anggaran kertas A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu). 

Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus burasak.


Cara mengikat burasak:






Susun 5-6 keping burasak dan ikat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi seperti gambar atas, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. 


Memasak burasak:




Rebus burasak selama 4-8 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan Tumis Asam Pedas Ikan Parang.








~ Selamat mencuba ~

Saturday, October 04, 2014

Kaswi Pandan



Bahan: (menghasilkan 25 biji)

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1sudu besar tepung ubi
2 cwn air pandan
1 cawan gula pasir (kalau suka manis.. lebihkan)
1sudu teh air kapur
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Caranya:
  • Panaskan kukusan, sapukan acuan dengan sedikit minyak masak. 
  • Semua bahan di atas disatukan (guna blend pun boleh)
  • Tapis adunan dantuang kedalam acuan.
  • Kukus selama 20 minit (pastikan tutup tudung kukus dengan kain bersih).
  • Dah masak bolehlah dhidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,



~ Selamat mencuba ~

Bebola Daging



Bahan:

1 kg daging hancur (minched meat Ramly pun boleh guna)
12g garam (1-1/2 sudu teh)
15g gula (kalau tak nak pun tak apa)
50g tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa

90g ketulan ais


Cara:

  • Gaulkan semua bahan hingga ketulan ais cair. Bulatkan seperti onde-onde atau berat anggaran 15g. Masa bulatkan daging ini guna sedikit minyak supaya mudah.
  • MasuK kedalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Didihkan air hingga mengelegak dan kemudian perlahankan api. Daging tidak boleh direbus jika api terlalu kuat.
  • Rebus daging hingga timbul dan angkat.
Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Boleh dipelbagaikan, masak Bakso, goreng cicah cheezy.





Antara hidangan yang menggunakan meat ball


~ Selamat mencuba ~


Kuih Bingka Ambon



Bahan: (untuk 8 keping)
85g tepung sagu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh instant yeast
145g telur 
170g santan pekat
85g gula
Air daun pandan (1 sudu teh jer - macam mana nak buat?.. biasanya saya akan gunakan santan dan blendkan dgn daun pandan, kemudian tapis)

Cara:
  • Satukan tepung ubi, garam dan yis segera. Masukkan telur dan gaul sebati.
  • Santan dan gula disatukan dalam periuk, kacau diatas api yang kecil, agak-agak dah panas (bukan panas mengelegak ya.. hanya sekadar naik wap jer). Masukkan bancuhan santan kedalam tepung tadi. Masukkan air pandan (esen pandan) dan kacau sebati. Guna blender pun boleh. Biarkan banchan selama 2½-3 jam. 
  • Sebelum 15minit membakar panaskan oven pada suhu 160°C dengan api bawah sahaja. 
  • Gunakan acuan 15 x 15 x 5 cm, sapukan dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum untuk elakkan dari melekat. Boleh juga gunakan 25 x 25 cm parchment paper.
  • Tuang adunan dan bakar anggaran 35 minit pada kedudukan bawah (tray dikedudukan bawah)
  • Tambahkan suhu kepada 180°C dan setkan oven dengan kepanasan atas dan pastikan kedudukan ditengah oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga golden brown.
  • Keluarkan dan biarkan sejuk diredai.



~ Selamat mencuba ~

Friday, October 03, 2014

Kek Sarang Semut



Bahan:
1 cawan gula*
1 cawan air panas*
2 sudu besar mentega*
4 biji telor
1 cawan susu pekat
cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara:


  • Untuk bahan yang bertanda *. Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (perlu hati2, nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api dan cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair. Ketepikan.
  • Pukul telor sampai kembang dan pekat. Masukkan susu pekat, pukul hingga rata.
  • Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
  • Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  • Dibakar selama 60 minit suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah, atau kukus selama satu jam atau sampai masak


Tips:
1. Gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...

2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi

masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....

3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)

Kuih Vadei



Bahan:

2 cawan kacang dhal (rendam semalaman)
1 labu bawang besar (cincang kasar)
2 batang lada hijau (cincang)
3 batang lada kering (gunting halus)
3 helai daun kari (gunting kasar sikit)
2 sudu teh biji jintan manis
2 sudu teh pati ikan bilis
garam secukup rasa
minyak


Cara membuatnya:
  • Kisar kering atau tumbuk kacang dhal, jangan bagi halus sangat biar ada berbiji sikit.
  • Dalam mangkuk gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak.
  • Gaul sebati dan bulat-bulatkan lepastu bentukkan leper sedikit.
  • Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan. Masak angkat & tos. Siap!

Nota:

Perlahankan api semasa menggoreng, nanti hangus kat luar.. dalam tak masak.

~ Selamat mencuba ~


Talam Tokyo



Entah kenapa namanya Talam Tokyo tak lah pula diketahui, begitu juga asal usulnya. Ada juga yang kata asalnya dari Johor dan bukan dari Jepun. Apapun tak kisahlah asalnya dari mana.., janji sedap dan kat sini saya nak kongsikan resepinya... jom kita lihat..



Bahan Untuk Lapisan Bawah:

- 300gm sagu biji warna putih
- 60gm sohoon
- 100gm kelapa parut putih
- 400ml (1-2/3 cawan) santan 
- 1 sudu kecil garam


Cara-cara:
  • Cuci sagu biji sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam soohun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil. 
  • Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2" yang telah dialas plastik dan sapukan sedikit minyak. 
  • Kukus selama 25 - 30 minit dan tekankan dengan sudu supaya rata dan mampat.





Bahan Lapisan Atas:
- 3 cawan santan pekat (750ml)
- 15 helai daun pandan, blend dengan 1-1/2 cawan air (375 ml) tapis ambil jus pandan.
- 1-1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3/4 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau

Cara:
  • Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 
  • Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas lapisan bawah (sagu + sohoon) dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.




~ Selamat mencuba ~

Thursday, October 02, 2014

Sosej Roll



Bahan: (menghasilkan anggaran 24 ketul)
500 g tepung high protien
90 g gula halus
4 sudu besar susu tepung
1/2 sudu garam halus
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11 g)
2 biji telor size A
3 sudu besar butter
7 g wheat gluten (beli kat kedai bakery)
175ml air suam

Inti - 12 btg sosej (rebus dan toskan dahulu hingga kering)

Caranya:

  • Masukkan bahan kering kedalam mixer. Mix sekejap dalam 10 saat untuk bahan2 bercampur.
  • Pukul sedikit telor, dan masukkan dalam bahan kering. Masukkan air suam, Putarkan mixer selama 20-30 minit sehingga doh benar-benar licin.
  • Keluarkan doh dan bahagikan doh kepada 50 g setiap satu (doh tak perlu direhatkan, terus jer bahagikan doh mengikut timbagan gram).
  • Lenserkan loyang pembakar dengan sedikit butter dan taburkan tepung gandum (tak tabur pun ok).


  • Ulikan doh (giling) dan letakan sosej, susun terus dalam dulang pembakar. Buat sehingga habis. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda atau mencapai piawaian yg kita kehendaki (45 mini - 60 minit) mengikut keadaan cuaca. (cuaca panas doh lebih mudah naik).
  • Bakar 170 degree celsius selama 15-20 minit. Sapukan butter ke atas permukaan roti sebaik saja dikeluarkan dari oven agar nampak lebih berkilat.
Nota : 
  • Bagi proses menaikkan doh, masukkan tray kedalam beg plastik yg besar dan ikat hujungnya atau mungkin boleh diletkakkan dalam kereta sebentar. Doh akan lebih cepat naik ditempat yang lebih panas. Kalau musim hujan.. masa untuk doh naik lebih panjang. 
  • Untuk kesegaran roti berpanjangan hendaklan disimpan didlm bekas kedap udara, ini utk mengelakan dari roti cepat keras kalu terdedah di udara atau boleh lah dimasukkan kedalam beg plastik.

~ Selamat mencuba ~

Bun Inti Sardin




Bahan-bahan: ( menghasilkan 25 bun )

500 g tepung roti (high protein)
90 g gula kastor
4 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
sudu teh  bread improver
sudu teh  bread softener
1 peket yis
(11g)
2 biji telur
200 g air
4 sudu besar butter

Inti sardin/ atau sambal ikan bilis

Cara-cara:

  • Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung. 
  • Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat. (anggaran 15-20 minit).
  • Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tempat yang agak panas selama 20 minit supaya doh naik sekali ganda. Tumbuk doh utk keluarkan angin.
  • Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung. Buat hingga adunan habis. (tak tabur tepung pun tak per).
  • Perap sekali lagi selama 30 minit supaya bun mengembang (perap lebih 1 jam). Bakar 180 degree celsius selama 20minit. 
  • Keluarkan dari oven dan terus sapukan butter atas permukaan bun semasa masih panas. 
Siap



~ Selamat Mencuba ~