Tart Nenas merupakan kuih wajib saya setiap tahun. Ia juga pemula segala kuih.., kalau nak buat kuih raya, saya akan mulakan dengan tart nenas ni dulu. Sekitar tahun 2002 - 2008 saya memang buat untuk jualan.. Alhamdulillah dapat sambutan.. hingga dikirimkan keluar negara rupanya tart saya ni. Kini ianya hanya tinggal kenangan dan saya buat untuk diri sendiri dan atas permintaan rakan2 yang dah biasa dengan tart ini.. Nak tau resepinya.. jom lah kita tengok resepinya....
- 1kg tepung gandum
- 2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
- 4 kuning telur + 1 putih telur
- 1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
- Jem Nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)
Caranya:
- Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer).
- Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.
Pastri yang telah siap diadun diketul-ketulkan
Jem nenas siap dibulat-bulatkan untuk
dimasukkan ke dalam pastri.
- Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.
- Cara nak buat bentuk nenas tu.. bolehlah rujuk kat video dibawah ni.
Tart Nenas yang telah siap dibentuk
hanya menunggu untuk dibakar
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit. Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi.
~ Selamat mencuba ~.
9 comments:
butter tu 2 ketul 1/2 ker
Ya.. 2-1/2 ketul, sy buat mcm tu utk senang.. tak susah nak sukat.
Keliru....kan elok tulis 2.5 ketul butter.
city03,
Keliru?. Tapi kalau tanya orang yang biasa memasak, antara 2-1/2 buku butter dengan 2.5 buku butter.. mereka pasti mengatakan 2-1/2 itu lagi mudah..
Salam kenal..
Nyum3 ..nk try la utk raya nanti..;)
Jom singgah blog sy..
http://mak-atam.blogspot.com/?m=1
Salam mama'snia,
Dah visit ur blog.. tq.
Nak Cuba buat lah... harap jadilah...
time kasih kak kongsi resepi ... saya pun resepi lebih kurang camni x de tambah cheese le bagai
As salam sis. Nak tnya memang resepi ini tak diletakkan gula ya.
Post a Comment