Thursday, July 17, 2014

Chocolate Chips Cookies (Almost Famous Amos)



Bahan-bahan:


Bahan yang perlu disediakan awal:

  • 1 biji telur (gred AA)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coffee oil/ extract

Ketiga-tiga bahan ni dicampur, kacau sebati dan simpan dalam fridge semalaman atau paling kurang 2 jam sebelum digunakan.



Bahan Kering:
  • 2-3/4 cawan (275g) tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 2 sudu besar serbuk koko* (saya gunakan 1 sudu, atau boleh gantikan dengan milo.. jika letak 2 sudu besar mengikut resepi asal, doh akan jadi lebih gelap)
  • secubit garam halus
  • 1/2 cawan oats** (saya gantikan dengan 4 cawan cornflakes dan hancurkan guna tangan, tapi jangan hancur sampai jadi serbuk)
  • 1/2 cawan serbuk badam**

Oats dan badam diblend dan diayak


Satukan semua bahan kering dan gaul rata

Bahan yang bertanda ** diblend dan diayak, bahan yang bertanda * diayak. Campurkan kesemua bahan kering diatas dan gaul rata. Seeloknya gunakan whisk.

Bahan Kekacang:
  • 1-1/4 cawan Chocholate chips/ block (jika gunakan choc blok, perlu dan cincang halus)
  • 1/2 cawan Kekacang (samada macadamia, hazelnut, almond.. dll), saya gunakan almond slices.
Bahan lain:
  • 1 cawan butter (240g) tapi saya gunakan 250g, 1 buku butter tu, sebab malas nak potong-potong - biar pada suhu bilik
  • 1 cawan brown sugar (200g)

Cara2nya:


Butter dan gula disatukan

Pukul hingga kembang

Masukkan bahan yang telah disimpan semalaman dalam fridge



Masukkan bahan kering dan gaul sebati


Masukkan bahan kekacang

Bungkus dalam palstik dan simpan dalam fridge sebelum dibakar



Cubitkan sebesar bebola kecil dan aturkan dalam dulang dan bakar


  • Pukul butter dan brown sugar hingga kembang/ ringan/ bertukar warna (pudar), masukkan bahan yang disimpan semalaman dalam fridge tadi, kacau sebati. Masukkan bahan kering, gaul sebati.., akhirnya masukkan kekacacang dan coklat.

  • Seeloknya simpan dalam fridge semalaman atau 3 hari. Masa nak bakar.. keluarkan dan cubitkan sedikit sebesar bebola kecil dan atur dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 25 minit..., kalau nak lagi crunchy.. tambah lagi 5 minit.
Hmmm.. yummy..

~ Selamat Mencuba ~

** Feedback saya kalau menjadi ya...

Monday, July 14, 2014

Jem Nenas









Nak buat jem nenas ni mudah jer.. memandangkan saya tak pernah buat dalam kuantiti yang kecil.. maka gambar yang ada dalam simpanan semua yang tidak menggambarkan kuantiti bahan yang saya bagi.


Setiap kali saya buat.. mesti 50 biji keatas. Tapi apapun kaedahnya dan tipsnya tetap sama..


Bahan:
  • 5 biji nenas (parut tau..jangan blend.. nanti dia terlalu halus.. tak adalah kesan tarik2 tu dan jangan buang airnya.. ini supaya jem tahan lama)
  • 10 kuntum cengkih.
  • 2 batang kulit kayu manis (untuk bau)
  • 500 g gula pasir
  • 200 g gula batu
  • 2 sudu kecil esen nenas

Cara:

Tenggekkan nenas yang diparut atas api... jangan masukkan gula dahulu, masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis serta esen nenas. Biar air nenas agak kering baru masukkan gula.. kalau tidak nanti dia jadi seperti kawah gunung berapi, mermercik.. habis tangan.., dan kalau masukkan gula terlalu awal.. jem akan jadi lebih perang/ hitam.


Peringkat mengeringkan air nenas



Kelihatan air nenas hampir kering


Bila air nenas dah hampir kering, masukkan gula pasir dan gula batu, pada peringkat ini.. inti nenas perlu kacau selalu untuk elak dari hangit.


Kacau hingga kering



 Sejukkan dan seeloknya simpan dalam fridge.


Tips;

Tujuan gula batu adalah untuk memekatkan jem, jem yang dicampur gula batu amat mudah untuk dibentukkan.


~ Selamat Mencuba ~



Saturday, July 12, 2014

Pajeri Nenas


Selalunya kalau masak pajeri, saya mesti gunakan santan dan kerisik. Kalau Pajeri Terung saya menggunakan santan dan kerisik, tapi kali ni disebabkan masa nak masak tu baru saya tau yang kelapa dah habis.. saya teruskan juga masak.. tapi kali ni tanpa santan. Semasa nak tunggu pekat tu saya memang cadang nak masukkan kerisik, tapi bila saya rasa.. tanpa santan dan kerisik tidak menjejaskan rasa sedap pajeri nenas.. maka saya pun tak letak kedua-duanya. 


Bahan;
  • 1 biji nenas (potong separuh bulat)
  • Rempah Kari 5 sudu besar (campurkan sedikit dengan 1 sudu cili blend)
  • Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
Bahan tumbuk;
  • 4 ulas Bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit udang kering
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa, garam dan gula.

Cara;
  • Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serbuk kari.. tumis hingga agak garing, masukkan air anggaran 1 cawan. Masukkan nenas, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.


~ Selamat Mencuba ~

Friday, July 11, 2014

Rempah Kabsa



Rempah Kabsa ni memang susah nak cari kat pasar negara kita, tapi rempah ni mana2 pun sama.. kita boleh buat sendiri pun rempah ni.. dari pencarian saya.. cara nak sediakan rempah ni boleh klik kat Rempah Kabsa



Bahan - bahan:
  • 2 sudu makan biji ketumbar *
  • 1 sudu makan bunga cengkih *
  • 1 sudu makan lada hitam *
  • 1 sudu makan jintan manis *
  • 1 sudu makan jintan putih *
  • 1 sudu makan buah pelaga *
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) *

  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 sudu teh serbuk halia



Cara Penyediaan:

1. Sangai bahan-bahan yang bertanda* sehingga naik bau.

2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Simpan rempah yang telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada serbuk halia, boleh gunakan halia basah, tetapi perlu tumbuk berasingan (masukkan masa nak masak). Dan jika tiada buah pelaga hitam, tak perlu gantikan dengan buah pelaga biasa (ia tidak sama). Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging, antaranya Nasi Mandhy.

Malah.., jika tak nak gunakan serbuk cili dan kunyit.., boleh gantikan dengan 3 tangkai lada kering dan 1 inci kunyit basah semasa nak masak.

~ Selamat Mencuba ~



Nasi Mandhy



Resepi ni saya belajar dari kawan.., yang dulu bekerja sebagai jururawat di Arab. Penyediaannya tidaklah begitu remeh seperti nak masak Biryani Gam Pakistan. Apakata kita lihat bahan-bahan dan bagaimana nak menyediakannya.

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam - belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Rempah Kabsa
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 2 biji lemon - dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.

  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Ayam yang dipanggang dalam aluminium foil akan mengeluarkan air


* Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Dalam minit ke 50, buka aluminium foil dan keluarkan air ayam tersebut dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit kekuningan/garing. Air dari ayam tadi, dicampurkan dengan pewarna kuning/ saffron sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Bahan Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi   (saya gunakan Beras Pusa 1121) - rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - hiris jejari halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis (kayu manis, kuntum bunga lawang, biji buah pelaga, kuntum bunga cengkih)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
  • Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan naik baunya. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan air, biar mendidih. Padamkan api.
  • Didalam rice cooker, masukkan beras, tuangkan air tumisan yang telah mendidih tadi, perasakan garam, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil. Bentukkan sedikit seperti mangkuk dan masukkan 1 sudu minyak masak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 5-10 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

Aluminium foil dibentukkan macam mangkuk dan letakkan 1 sudu minyak masak serta 1 ketul arang yang telah dibakar

  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:
  • 1 biji tomato* 
  • 5 biji cili besar hijau*
  • 1 tangkai batang daun ketumbar*
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
Bahan yang bertanda * dihiris.


Cara penyediaan:

  • Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, gunakan mode pulse sahaja (untuk elakkan dari terlalu hancur)

Ulam:

Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan daun ketumbar.




Bahan Rempah Kabsa:

  • 1 sudu makan bunga cengkih*
  • 1 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan biji ketumbar*
  • 1 sudu makan buah pelaga*
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)*
  • 1 sudu makan serbuk cili/ 3 tangkai lada kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

Cara penyediaan:

  • Sangai bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan angkat. 

  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

~ Selamat Mencuba ~

Tuesday, July 08, 2014

Daging Masak Sate Goreng



Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging (potong mengikut saiz yang diperlukan
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 3 batang serai*

  • 2 sudu kecil ketumbar**
  • 1 sudu kecil jintan halus**
  • gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • minyak masak untuk menumis
Bahan yang bertanda * dikisar halus
Bahan yang bertanda ** disangai dan dikisar


Cara-caranya:


  • Gaul bahan-bahan kisar bersama daging, gula melaka, garam dan perasa. Perap semalaman dan simpan dalam fridge.
  • Panaskan minyak masak, tumiskan daging yang telah diperap bersama rempah tadi dan kacau rata.
  • Masak hingga air daging keluar dan kering sendiri. Sekiranya daging kurang empuk tambahkan sedikit air dan tutup kuali. Daging hendaklah dikacau sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
  • Apabila daging telah empuk dan agak kering, bolehlah tutupkan api dan dihidangkan. 

 ~ Selamat Mencuba ~

Saturday, July 05, 2014

Kuih Ketayap


Kuih ni ada yang panggil Kuih Ketayap, ada yang panggil Kuih Dadar dan tak kurang juga dengan panggilan Kuih Gulung. Tak kisahlah apa namapun.. yang penting kuih ni diperbuat dari tepung gandum dan ada inti kelapa...



Bahan-bahan:-(untuk 8 biji kuih ketayap)

Inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan bancuhan gula merah
  • Secubit garam
  • Simpulan daun pandan
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara:-

  • Untuk inti: Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
  • Untuk kulit: Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan blender. Panaskan non stick pan (api perlahan), tuang sedikit minyak (dalam 2 sudu) kedalam adunan. 



Satukan semua bahan dan blend



Kelihatan minyak dalam bancuhan tepung

  • Tuang sesenduk adunan ke tengah frying pan dan ratakan dengan senduk. Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari frying pan tu maknanya kulit dah masak.

  • Bila dah masak, letak inti dan gulung seperti gambar di bawah ni.





~ Selamat Mencuba ~


Thursday, July 03, 2014

Almond Sugee



Biskut 'Almond Sugee' juga antara biskut wajib saya setiap tahun. Antara biskut yang tidak menggunakan telur. Lembut dan gebu.. selalu juga disebut dengan 'melting moment'.


Bahan:
  • 250 g minyak sapi
  • 500 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 170 g gula icing
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 150 serbuk badam (ground almond)
Cara:
  • Cairkan minyak sapi dalam microwave/ atas api, dan biarkan sejuk seketika, tambah esen vanila kedalam minyak sapi yang telah sejuk tadi.
  • Ayak tepung dan baking soda, satukan kedalam bekas bersama gula icing dan serbuk badam. 
  • Tuangkan minyak sapi kedalam campuran tepung, uli hingga menjadi doh.
  • Bentukkan bebola kecil (anggaran 1 sudu kecil) dan aturkan dalam dulang pembakar.
  • Sebelum itu panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius. Bakar selama 15 minit.

~ Selamat Mencuba ~


Wednesday, July 02, 2014

Tart Nenas


Tart Nenas merupakan kuih wajib saya setiap tahun. Ia juga pemula segala kuih.., kalau nak buat kuih raya, saya akan mulakan dengan tart nenas ni dulu. Sekitar tahun 2002 - 2008 saya memang buat untuk jualan.. Alhamdulillah dapat sambutan.. hingga dikirimkan keluar negara rupanya tart saya ni. Kini ianya hanya tinggal kenangan dan saya buat untuk diri sendiri dan atas permintaan rakan2 yang dah biasa dengan tart ini.. Nak tau resepinya.. jom lah kita tengok resepinya....


Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
  • 1kg tepung gandum
  • 2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
  • 4 kuning telur + 1 putih telur
  • 1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
  • Jem Nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:
  • Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). 
  • Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. 

Pastri yang telah siap diadun diketul-ketulkan


Jem nenas siap dibulat-bulatkan untuk
dimasukkan ke dalam pastri.

  • Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.
  • Cara nak buat bentuk nenas tu.. bolehlah rujuk kat video dibawah ni.



Tart Nenas yang telah siap dibentuk
hanya menunggu untuk dibakar

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit. Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. 

~ Selamat mencuba ~.

Friday, June 27, 2014

Tiramisu





Bahan:

250 g cream cheese*
125 g butter (1/2 buku)*
1-1/2 cawan whipping cream*
100 g gula halus
Lady finger secukupnya
Nescafe
Serbuk koko

Bahan yang bertanda * perlu dibiarkan pada suhu bilik.



Biskut Lady Finger (ada dijual dikedai kek)

Cara Membuatnya:

  1. Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga sebati.
  2. Sediakan bekas, nescafe dibancuh dengan sedikit air suam. 

  1. Layer pertama - Celup lady finger dan aturkan kedalam bekas.
  2. Layer kedua - Tuangkan bancuhan cream cheese diatas layer 1.
  3. Layer Ketiga, celupkan lady finger kedalam larutan nescafe dan aturkan atas layer ke 2.

  1. Layer keempat - Tuangkan bancuhan cream cheese.
  2. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dalam masa 20 min. dan akhir sekali taburkan serbuk koko diatasnya. Seeloknya gunakan ayak dan taburkan serbuk koko diatas lapisan ke empat.
  3. Hiaskan dengan strawberry atau buah-buahan.

Boleh juga dibuat dalam bekas-bekas yang kecil sebegini, lady finger perlu dipatahkan mengikut saiz bekas sebelum dicelupkan dalam larutan nescafee

Sedap dimakan ketika sejuk

~ Selamat Mencuba ~

Monday, June 23, 2014

Teh Tarik Pakistan



Bahan- bahan;

2 sudu besar (membukit) serbuk teh
1 sudu buah pelaga - ditumbuk untuk pecahkannya
1 tin susu cair
4-5 sudu besar gula
air (3 tin - boleh guna ukuran tin susu)


Cara;


Renihkan air, buah pelaga dan teh dengan api perlahan hingga kembang. Masukkan susu cair, kacau selalu (untuk elakkan susu membuak keluar). Masukkan gula dan kacau. Tapis dan boleh dihidangkan.


Buah pelaga

Tumbuk untuk pecahkan buah pelaga

Renihkan hingga kembang

Masukkan susu dan kacau



 Teh yang telah ditapis

Wednesday, June 18, 2014

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan;

1kg daging (potong nipis)
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat (kurangkan sikit pun boleh)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
5 - 6 tangkai lada kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara;

  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bunga lawang, kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga terbit minyak.
  • Masukkan daging, air asam jawa dan sedikit air, renih hingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering macam buat rendang.

~ Selamat mencuba ~


Monday, June 09, 2014

Pulut Seri Muka




Bahan lapisan bawah:

2 cwn beras pulut (rendam semalaman atau lebih 2 jam)
2-1/2 cwn santan pekat (750 ml)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak




Cara:

  • Bersih dan toskan beras pulut, masukkan kedalam loyang (kalau nak mudah.. misalnya ada yang nak ambil tempahan.. elok dialaskan loyang dengan plastik), tuang santan yang telah dicampur garam dan minyak, gaul sebati. 
  • Kukus selama 30 min dan kacau/ gaul lagi. Angkat dan tekan bagi mampat untuk mengelakkan lapisan atas jadi mengelembung.




Bahan Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat (750ml)
15 helai daun pandan blend dengan 1-1/2 cawan air (250 ml) tapis ambil jus pandan.
1-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara:






Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 

Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas pulut dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.

Ini versi kacau dulu bancuhannya atas api perlahan baru tuang atas lapisan pertama. Permukaan talam lebih licin.



Ini versi saya masukkan terus bancuhan atas lapisan bawah dan terus kukus. Hasilnya permukaan tak berapa rata.


~ Selamat mencuba ~

Sunday, June 01, 2014

Sup Bunjut



Sekarang ni satu sup bunjut harganya lebih kurang RM 1. Apa kata kita buat sendiri jer... buat banyak-banyak dan simpan, bila nak guna ambil jer.. memang menjimatkan.

Bahan (untuk satu bunjut):

1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil - masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih

Bahan yang dipecah-pecahkan:

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi
Secubit biji kas-kas (beli kat kedai India - kalau tak ada pun tak apa)

Bahan B dipecahkan (tumbuk sedikit saja). Masukkan kesemuanya dalam kain kasa, lillit dengan benang. Dah boleh gunakan.





~ Rajin-rajin mencuba ~