500 g tepung roti (high protein)
90 g gula kastor
4 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
1 peket yis (11g)
2 biji telur
200 g air
4 sudu besar butter
Inti sardin/ atau sambal ikan bilis
Cara-cara:
Cara-cara:
- Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.
- Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat. (anggaran 15-20 minit).
- Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tempat yang agak panas selama 20 minit supaya doh naik sekali ganda. Tumbuk doh utk keluarkan angin.
- Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung. Buat hingga adunan habis. (tak tabur tepung pun tak per).
- Perap sekali lagi selama 30 minit supaya bun mengembang (perap lebih 1 jam). Bakar 180 degree celsius selama 20minit.
- Keluarkan dari oven dan terus sapukan butter atas permukaan bun semasa masih panas.
Siap
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment