Kali pertama makan Burasak ni.. kat rumah adik ipar di Pontian. Burasak ialah sejenis masakan kaum Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya.
Burasak disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama empat hingga lapan jam. Burasak mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis. Aku juga keturunan Bugis.. tu sebab suka sangat makan Burasak ni. Jom kita lihat resepi.. bagaimana nak buat makanan ni.
Bahan-bahan:
Beras 1kg,Bahan-bahan:
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya sebanyak 2 liter
garam secukup rasa.
Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan. Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api. Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, masukkan beras, kacau merata hingga agak-agak masak (tak perlu hingga kering), padamkan api.
Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4, anggaran kertas A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu).
Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus burasak.
Cara mengikat burasak:
Susun 5-6 keping burasak dan ikat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi seperti gambar atas, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus.
Memasak burasak:
Rebus burasak selama 4-8 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan Tumis Asam Pedas Ikan Parang.
~ Selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment