Thursday, October 02, 2014

Roti Sarang Lebah



Bahan-bahan:

500 gm tpg roti
250 ml air
80 gm mentega lembut/margerin/shortening
1 bj telur
85 gm gula
1 sdt garam
30 gm susu tepung
1 paket yis (11gm).


Caranya :
  • Satukan semua bhn kering, kemudian masukkan air dan telur. Uli sehingga menjadi doh kasar.
  • Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh sebati kenyal dan elastik.



  • Perap sampai 2 kali ganda.
  • Tumbuk dan keluarkan angin. Bulatkan sebesar bola golf setiap satu.
  • Susun atas dulang pembakar dan tunggu naik dua kali ganda lagi.



 

  • Sapukan susu cair atas roti dan taburkan kekacang yang kita suka dan bakar 180c selama 25 ke 30 minit bergantung pada oven masing-masing.
 

  • Dah masak sapu dgn margerin semasa panas-panas.

Inilah hasilnya

Untuk butterscotch;
Gula perang, margerin/butter/ susu cair. Masak semua sampai pekat.

~ Selamat mencuba ~

No comments: